Tuesday, August 25, 2009

..:Naik Taraf Bilik BOSS:..





Assalamualaikum ....
Kepada para sahabat, rakan2 guru SPBT, para pembaca blog ini dan semua yang berkaitan dengan SPBT di sekolah. Bersyukur ke hadrat Allah kerana saya berkesempatan untuk mencatat dan menghantar post untuk kali ini.

Saya amat gembira dan berterima kasih kepada Guru Besar SK Parit Baharu, Cikgu Baharuddin Ibrahim kerana sudi memperkenankan permohonan dan permintaan saya untuk mengindahkan bilik BOSS SK Parit baharu ini. Nampaknya bilik BOSS akan bertukar wajah. Ada Tile dan Rak baru... Akan di cat semula. he... he.. apa agaknya ye. colour yang sesuai dan sepadan ye..

Ini ada beberapa gambar kerja-kerja pemasangan Tile. Sebelum tu terpaksa le saya mengeluarkan segala buku-buku yang baru, yang lama, kotak2, almari dan segala khazanah yang ada di dalam bilik BOSS ini. ooo.. LETIH jugak le. pasal tu gambar proses tu tak dapat di ambil. Terima kasih kepada Kak Wati dan Wak Tohar tukang kebun swasta yang banyak membantu. Tak lupa juga kepada Wak Jahri pengawal keselamatan. Kepada GPK HEM juga TQ sebab pilihkan warna TILE yang cantik... Bunga2 lagi. Terima kasih kepada semua guru2 yang banyak membantu didalam proses angkut mengangkut. Juga semua ahli KELAB SPBT yang rajin angkat buku yang berat2 tu...
Walaupun bilik BOSS SK Parit baharu ni tak berapa besar, satu bay sahaja tapi aku akan buat susun atur yang sempurna. Macam ERIC LEONG buat le.... Ini yang nak tanya kepada para blogger sekalian. Maklum le anda semua sangat hampir dan rapat dengan SPBT kan. Yang utamanya ialah cat dindingnya?... COLOUR APA YE?...
Nanti anda semua pasti akan dapat melihat pertukaran bilik BOSS ini. Macam mana ye agaknya? Saya pun masih Blur.... Beri le IDEA... nak buat macam mana? Guru Besar dah bagi peluang saya decorate mengikut cita rasa sendiri... semoga para sahabat sekalian boleh respon untuk mencantikan semula kan. Untuk kali ini sampai disini dahulu ye... Bye.

Saturday, July 18, 2009

''Rombongan Kelab SPBT ke Shah Alam""

Hai... Kelab SPBT daerah sabak bernam telah mengadakan satu rombongan ke SK Bandar Anggerik iaitu johan Bilik BOSS 2007 Selangor. Kita orang nak cari idea, ilmu dan nak tiru mana yang boleh ditiru. Kalau boleh saya nak buat bilik BOSS SK Parit Baharu jadi johan Peringkat Sabak Bernam pada 2009 ni... Saya akan cuba... Yesss.

Friday, March 27, 2009

Lori Pelupusan dah sampai....

Angkut buku dari BOSS SK Parit Baharu


Ada lagi.... Banyak Juga ye.......


Lega dah siap... BOSS dah kosong. Terima Kasih kepada Abang-abang lori ye...
Hai... Kawan-kawan SPBT dan Kakitangan Sumber semua. Apa khabar korang. Oh ye... Nak bagi tau korang semua. BOSS saya dah kosong ni.... Sebab lori pelupusan dah ambik buku pelupusan. Ada tinggal buku agama aje... Itu yg tak berapa tau nak buat apa? Korang boleh bantu aku tak? kalau boleh sila replay comment kat bawah ni ye.. OK respon korang semua amat diharapkan...

Friday, February 27, 2009

Taklimat Pengisian Borang BTBTR 190 pesanan buku 2010

hai... Apa khabar semua...
Sorry ye lama tak menulis kat blog ini.
Oh ye pada 27.2.2009 telah diadakan taklimat pengisian borang BTBTR 190 untuk pesanan buku tahun 2010. Turut hadir menyampaiak taklimat ialah Pn Rohaya Bt Husin, Pen. Pengarah Unit HEM jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Oh ye ini ada beberapa tarikh yang sebua guru SPBT daerah sabak Bernam mesti ambil tindakan ye....
2.3.2009
Ambil buku yang kurang utk tahun 2009 di Stor Pusat SPBT Daerah
3.3.2009
Hantar borang BTBTR 190 yang telah dibetul kan kpd Penyelia SPBT Daerah

Ok itu perkara penting. Untuk anak murid kita ditahun 2010. Apa pun tahniah kepada semua guru2 SPBT di daerah sabak Bernam dan di Selangor yang terus komited. I LOVE U all

Saturday, January 24, 2009

Gong Xi Fa Cai

Kepada semua yang meraikan perayaan ini saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA semoga tahun ini akan memberikan lebih kebahagian, kesempurnaan dan kekayaan.

Sunday, January 18, 2009

Pertemuan Baru di Tahun Baru


Selamat tahun baru 2009 kepada semua rakan-rakan sahabat dan teman-teman. Semoga tahun 2009 akan menjadi lebih sempurna dan istimewa berbanding tahun lepas. Oh ye... terlewat untuk saya mengucapkan tahun baru ini. Kerana kesebokan masa dan kekurangan masa terluang. Kepada sahabat guru-guru selamat mengajar kembali.



Pada tahun 2009 ini saya masih meneruskan tugasan di SK Parit Baharu untuk tahun ke 12. Terima kasih kepada semua rakan-rakan disini. Anda semua memang best. Rasa macam tak nak pindah ke tempat lain. Tahun 2009 juga saya dengan tekad untuk lebih cemerlang dalam tugas dan kerjaya. Hati yang tenang gembira boleh menjadikan kerja kita lebih sempurna.

Tak lupa buat para sahabat sekalian ini ada satu e-book yang menarik untuk anda semua. Bagai mana membuat duit dengan friendster.
Sila download ye.... FREE

Download e-book comment dapat duit

Download password


Ini FREE aje tau... Tak rugi apa2. Selamat mencuba

Friday, November 7, 2008

SAMBUTAN HARI RAYA KAT SEKOLAH....

Best jugak kan jadi cikgu.. Time raya buat jamuan hari raya. Time cuti boleh piknik atau bawak budak pegi rombongan. Ha.. Gambar ini adalah gambar sempena sambutan hari raya kat SK Parit Baharu. Colour full betul cikgu2nya. Apa pun saya seronok dan gembira jadi cikgu..

Friday, October 10, 2008

Ciri-ciri guru yang Terbaik?

Hai Semua kawan-kawan, sahabat dan rakan yang setia dengan blog ini. Setelah beraya maka kita terus bertugas seperti biasa dengan sempurna dan komited. Saya sebagai guru PJ kat sekolah tentu ada bermacam-macam pengalaman mengajar. Kali ini nak kongsi tentang cara belajar berenang. Sempena Hari yang bahagia ini saya nak berkongsi e-book belajar dan mengajar berenang. Ini yang best. Boleh belajar sendiri kat rumah atau bila balik kampung. Eya lah kan kat kampung ada parit atau tali air atau sungai. BESTT..



Masa dikampung budak-budak dulu saya belajar berenang menggunakan kelapa bersabut. Kelapa kan timbul. Jadi kita pegang kiri dan kanan, lepas tu kaki pun dikepakkan. Senang betul kan. Sapa yang berasal dari kampung pasti ada pengalaman macam saya ni. OK le jangan lupa download 2 e-book diatas. Rugi kalau tak simpan, kalau tak gunakan boleh kita ajar kat anak-anak kita. Betul kan. Ini ilmu yang bermunafaat. Jumpa lagi........


Buat Duit Dengan Myspace

Thursday, October 9, 2008

RAGAM GURU DI SEKOLAH...

Selamat Mengajar kepada guru-guru di daerah Sabak Bernam, adakah kita macam ini? Diharap kita akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan potensi kita sebagai guru.

Monday, October 6, 2008

PEMANTAUAN BOSS DAERAH SABAK BERNAM 2008

Sekumpulan Kakitangan Sumber SPBT Daerah sabak Bernam akan mula memantau Bilik Operasi SPBT Sekolah ( BOSS ) pada 7 Oktober 2008 hingga 11 Oktober 2008.
Ini bertujuan untuk memberikan penarafan 5 bintang